Apakah Kanser..???

Kanser merupakan pertumbuhan sel-sel abnormal yang tidak terkawal. Sel-sel ini tidak dapat mengawal pembiakan secara teratur dan menghasilkan satu ketumbuhan disebut tumor.

Jika tumor ini merebak ke bahagian lain, ia disebut tumor benign (bukan kanser). Sebaliknya jika tumor tersebut merebak ke tisu-tisu dan organ-organ yang berhampiran atau merebak melalui saluran darah atau limfa, ia adalah tumor malignan (kanser).

Monday, December 8, 2014

Kanser Tulang

Pengenalan , Definasi & Epidemiologi
Badan kita mempunyai lebih dari 200 tulang. Fungsi utamanya adalah rangka untuk badan dan melindungi organ-organ utama seperti paru-paru dan hati.

Kanser tulang primer berpunca dari tulang sementara kanser tulang sekunder berpunca dari organ- organ lain dan merebak ke tulang (contoh: dari kanser payu dara , paru-paru dan kelenjar prostate)
Kanser tulang sekunder adalah kanser tulang yang paling banyak di temui. Ia berpunca dari kanser sel yang merbahaya dari organ lain dan telah merebak ke tulang dan ia boleh menyerang ke semua tulang.

Gejala dan tanda
Gejala- gejala kanser tulang adalah berlainan pada setiap pesakit dan bergantung kepada jenis kanser tulang tersebut. Secara umumnya gejala-gejala tersebut adalah :
  • Kebengkakan dan sakit pada kawasan yang terlibat
  • Sakit yang kuat terutamanya pada waktu malam
  • Hilang fungsi anggota
  • Tulang lebih rapuh dan senang untuk patah
  • Hilang berat badan dan selera makan
Diagnosa
Sejarah pesakit yang terperinci , pemeriksaan fizikal pesakit yang menyeluruh berserta ujian makmal tertentu seperti x ray, 'bone scan' dan biopsy tulang (pembedahan kecil untuk mengambil tisu tulang dan di periksa di makmal) adalah mencukupi untuk mendiagnosa kanser tulang.

Rawatan
Dengan wujudnya rawatan kemoterapi (ubat anti kanser) yang terkini , ujian makmal tertentu , rawatan radioterapi (sinar x yang digunakan untuk membunuh sel kanser) dan teknik pembedahan yang terkini , kebanyakan kanser tulang primer dan sekunder boleh dirawat.

Rawatan kanser tulang sekunder adalah bergantung kepada punca kanser tersebut. Kebanyakan pesakit yang menghidapi kanser tulang peringkat akhir , tujuan utama rawatan adalah untuk memperbaiki mutu kehidupan dan meringankan gejala-gejala kanser tulang sekunder.

Proses Penyembuhan
Peluang untuk sembuh adalah semakin baik dan cerah dengan kemajuan ubat-ubat kemoterapi sejak kebelakangan ini. Peluang untuk sembuh akan bergantung kepada pelbagai faktor yang boleh dibincang dengan pakar bedah ortopedik

No comments:

Post a Comment

BERHATI-HATI DENGAN PRODUK TIRUAN/PALSU

Pastikan setiap produk Aprikot yang anda beli mempunyai nombor kelulusan (MAL) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ini adalah diragui tahap kebersihan dan cara proses/pembuatan produk Aprikot tidak mengikuti spesifikasi dan piawaian yang ditetapkan.

Link Aduan Awam: Kementerian Kesihatan Malaysia.


PENGEDAR/STOKIS DIPERLUKAN SEGERA

Mencegah dan Merawat Kanser.

Alternatif Rawatan Penyakit Kanser Vitamin - B17 (Biji Aprikot).

Sila hubungi :-
Mohd Faizal : 012-9388669 /
Zuraida : 019-3569188

Sebarang Pertanyaan sila email ke:
appricotseed@gmail.com

Harga RM160/btl (Kuantiti 300 biji kapsul yang di Ekstrak)

Harga Promosi RM110/btl (Kuantiti 200 biji kapsul ekstrak)
Kelulusan Dari Kementerian Kesihatan Malaysia (MAL12115019TC)